AHLI SUNNAH WALJAMAAH: PONDOK SEBAGAI BENTENG TERAKHIR UMMAT ISLAM

Main Article Content

Mohd Haidhar Kamarzaman

Abstract

Mutakhir ini Negara dilanda dengan pelbagai isu pemikiran yang agak membimbangkan masyarakat Islam. Kemelut yang berlaku ini didapati berpunca daripada kecelaruan masyarakat Islam dalam mencari kebenaran dan kerapuhan pegangan terhadap akidah Ahlus Sunnah wal Jama‘ah.  Situasi ini telah membawa kepada wujudnya kelompok masyarakat muslim yang konon-kononnya ‘terbuka’ pemikirannya namun pada hakikatnya sempit cara berfikirnya dan longgar pegangannya lalu sumbangan pondok dalam mempertingkatkan perkembangan dan kemajuan thaqafah Islam dipertikaikan bahkan dinafikan. Oleh itu, kertas ini akan memaparkan fungsi pondok yang terbukti zaman berzaman sebagai suatu institusi yang bukan hanya menjadi nadi kepada perkembangan dan penyebaran terhadap pemikiran Ahlus Sunnah wal Jama‘ah, bahkan turut berperanan sebagai benteng terakhir ummah baik dari sudut akidah mahupun amalan.

Article Details

How to Cite
KAMARZAMAN, Mohd Haidhar. AHLI SUNNAH WALJAMAAH: PONDOK SEBAGAI BENTENG TERAKHIR UMMAT ISLAM. ICRHD: Journal of Internantional Conference on Religion, Humanity and Development, [S.l.], v. 1, n. 1, p. 31-50, apr. 2020. ISSN 2722-7812. Available at: <https://confference.iainptk.ac.id/index.php/icrhd/article/view/15>. Date accessed: 22 nov. 2024.
Section
Articles